BEKAS UNTUK MELETAK ALAT TULIS (BBM BKN ELEKTRONIK)






















Tujuan saya menghasilkan bahan ini adalah untuk disasarkan kepada pelajar pendidikan khas. Hal ini disebabkan saya ingin menjadikan mereka lebih berdikari dengan menghasilkan rekaan yang unik. Hasil kreativiti mereka mungkin boleh dipasarkan bagi menambahkan pendapatan mereka...Mereka tidak lagi perlu bergantung pada individu lain.... Bahan yang saya hasilkan ini dibuat dengan menggunakan helaian surat khabar, kotak, air, gam dan warna......Sungguh mudah dan menjimatkan kos...Selamat Mencuba.... Please drop your comment here..... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUGASAN KUMPULAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VIDEO-VIDEO TEKNOLOGI DI DUNIA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VIDEO-VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI YANG TERKINI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar-gambar teknologi


1. Airblade™ by Dyson

  • Alat pengering tangan (handdryer)
  • Mengeringkan tangan hanya dalam masa 10 saat
  • Penggunaannya bersamaan dengan penggunaan 19 tisu tangan.
  • Hygienic, di mana alat ini menangkap dan menghapuskan 99.9% bakteria di udara berbanding alat konvensional.
  • Menggunakan 80% kurang tenaga berbanding alat yang biasa.

2. Dyson DC22

  • Sejenis mesin hampagas (vacuum cleaner).
  • Menggunakan sedutan yang tinggi berbanding hampagas biasa iaitu 100000 kuasa graviti.
  • Menjimatkan tenaga berbanding hampagas biasa.
  • Tidak memerlukan "dust bag" dan mudah dicuci.
  • Boleh menghapuskan mikroorganisma di atas lantai.

3. NoMix

  • Sejenis mangkuk tandas.
  • Mempunyai dua mangkuk berasingan dengan fungsi yang berbeza.
  • Mempunyai mangkuk khas untuk menapis air urin berbanding dengan mangkuk tandas yang biasa.
  • Menapis urin dengan tujuan untuk mengambil fosforus dari urin tersebut. Ini berbeza dengan tandas konvensional yang mana air urin terus mengalir ke dalam mangkuk yang mempunyai air bertakung.
  • Fosforus penting untuk penghasilan baja mesra alam dan bekalan dijangka semakin susut untuk beberapa tahun lagi.

4. FabTree

  • Rumah yang dihasilkan menggunakan pokok-pokok yang ditanam dan dibentuk menggunakan teknologi "Computer Numeric Control" (CNC).
  • Idea dicetuskan oleh penyelidik di Institut teknologi Massachusetts.
  • Tenaga dihasilkan dengan mengeksploitasi metabolisma alam sekitar dan juga sumber alam sekitar yang lain.

5. Voltpot

  • Meja kopi yang mempunyai rumput semulajadi.
  • Meja ringkas ini juga boleh menghasilkan tenaga yang mampu mengecas alatan seperti telefon bimbit dan pemain MP3.
  • Rumput semulajadi tersebut menghasilkan persekitaran yang hijau dalam rumah anda kerana membekalkan oksigen melalui tumbuhan.
  • Tenaga dihasilkan menggunakan Microbial Fuel Cell (MFC) di dalam tanah rumput tersebut melalui proses metabolisma.
  • Mampu menghasilkan tenaga berterusan sebanyak 10 watt.
Sumber diperolehi daripada:
http://thehairmerapu.blogspot.com/2010_03_01_archive.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jurang dalam Teknologi Pendidikan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Seperti yang kita ketahui pada hari ini, teknologi dalam pendidikan telah menjadi salah satu isu yang terpenting di seluruh dunia. Masing-masing sudah mula menggunakan internet sebagai wadah dalam pencarian ilmu maklumat.

Di Malaysia, para pengajar sama ada di sekolah, kolej atau universiti sudah mula mendedahkan pelajar-pelajar dengan kemudahan teknologi dalam pendidikan. Pelajar juga digalakkan mencari sumber rujukan tambahan di internet selain daripada rujukan melalui buku-buku.

Namun, adakah kita sedar bahawa pelajar di Malaysia sedikit ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat sedangkan pelajar di negara-negara maju sedang asyik menggunakan teknologi maklumat ini. Oleh itu, langkah-langkah yang bertepatan harus diambil agar semua pelajar terdedah dengan kecanggihan teknologi maklumat masa kini.

Antara langkah yang diambil bagi merapatkan jurang yang terpisah ini adalah:-
i) Pelajar haruslah lebih rajin untuk berusaha bagi mencari seberapa banyak ilmu yang barkaitan dengan teknologi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

ii) Tenaga pengajar pula haruslah lebih banyak menggunakan bahan-bahan yang berkaitan dengan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau kuliahan.

iii) Selain itu, pelajar-pelajar di luar bandar haruslah dibekalkan kemudahan yang mencukupi seperti makmal komputer, alatan yang berteknologi canggih di dalam makmal sains, dan sebagainya agar mereka berasa lebih dekat dengan teknologi. Oleh itu, mereka akan terbiasa dengan teknologi sama seperti pelajar di negara maju.

iv) Kementerian Pelajaran haruslah menghantar para pendidik untuk menyertai kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi agar para pendidik ini terdedah dengan pelbagai kaedah baru yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

v) Kerajaan juga harus lebih peka berkenaan dengan teknologi terbaharu yang dibangunkan oleh negara-negara yang maju dalam aspek teknologi ini dan menyediakan peruntukan yang mencukupi agar teknologi tersebut dapat dibawa dan digunakan oleh rakyat Malaysia.

vi) Penyelidik-penyelidik di Malaysia juga haruslah berusaha memperkenalkan teknologi yang terbaru hasil daripada idea-idea anak watan yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dalam memantapkan pengunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika ada sebarang idea/komen/cadangan, sila tinggalkan di ruangan komen...

Sekian. Terima Kasih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Komputer Riba pada Masa Hadapan

Salam....

wah,tak sabar mahu memiliki komputer pada masa hadapan...
Sudah pasti kelihatan sangat bergaya dan pintar....
Dgn adanya kepakaran para cendekiawan,sudah pasti tiada yang mustahil pada masa hadapan...
Namun,janganlah kecanggihan teknologi ini disalahgunakan..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS