Tujuan saya menghasilkan bahan ini adalah untuk disasarkan kepada pelajar pendidikan khas. Hal ini disebabkan saya ingin menjadikan mereka lebih berdikari dengan menghasilkan rekaan yang unik. Hasil kreativiti mereka mungkin boleh dipasarkan bagi menambahkan pendapatan mereka...Mereka tidak lagi perlu bergantung pada individu lain.... Bahan yang saya hasilkan ini dibuat dengan menggunakan helaian surat khabar, kotak, air, gam dan warna......Sungguh mudah dan menjimatkan kos...Selamat Mencuba.... Please drop your comment here..... :)
BEKAS UNTUK MELETAK ALAT TULIS (BBM BKN ELEKTRONIK)
Tujuan saya menghasilkan bahan ini adalah untuk disasarkan kepada pelajar pendidikan khas. Hal ini disebabkan saya ingin menjadikan mereka lebih berdikari dengan menghasilkan rekaan yang unik. Hasil kreativiti mereka mungkin boleh dipasarkan bagi menambahkan pendapatan mereka...Mereka tidak lagi perlu bergantung pada individu lain.... Bahan yang saya hasilkan ini dibuat dengan menggunakan helaian surat khabar, kotak, air, gam dan warna......Sungguh mudah dan menjimatkan kos...Selamat Mencuba.... Please drop your comment here..... :)
Gambar-gambar teknologi
1. Airblade™ by Dyson
- Alat pengering tangan (handdryer)
- Mengeringkan tangan hanya dalam masa 10 saat
- Penggunaannya bersamaan dengan penggunaan 19 tisu tangan.
- Hygienic, di mana alat ini menangkap dan menghapuskan 99.9% bakteria di udara berbanding alat konvensional.
- Menggunakan 80% kurang tenaga berbanding alat yang biasa.
- Sejenis mesin hampagas (vacuum cleaner).
- Menggunakan sedutan yang tinggi berbanding hampagas biasa iaitu 100000 kuasa graviti.
- Menjimatkan tenaga berbanding hampagas biasa.
- Tidak memerlukan "dust bag" dan mudah dicuci.
- Boleh menghapuskan mikroorganisma di atas lantai.
3. NoMix
- Sejenis mangkuk tandas.
- Mempunyai dua mangkuk berasingan dengan fungsi yang berbeza.
- Mempunyai mangkuk khas untuk menapis air urin berbanding dengan mangkuk tandas yang biasa.
- Menapis urin dengan tujuan untuk mengambil fosforus dari urin tersebut. Ini berbeza dengan tandas konvensional yang mana air urin terus mengalir ke dalam mangkuk yang mempunyai air bertakung.
- Fosforus penting untuk penghasilan baja mesra alam dan bekalan dijangka semakin susut untuk beberapa tahun lagi.
4. FabTree
- Rumah yang dihasilkan menggunakan pokok-pokok yang ditanam dan dibentuk menggunakan teknologi "Computer Numeric Control" (CNC).
- Idea dicetuskan oleh penyelidik di Institut teknologi Massachusetts.
- Tenaga dihasilkan dengan mengeksploitasi metabolisma alam sekitar dan juga sumber alam sekitar yang lain.
5. Voltpot
- Meja kopi yang mempunyai rumput semulajadi.
- Meja ringkas ini juga boleh menghasilkan tenaga yang mampu mengecas alatan seperti telefon bimbit dan pemain MP3.
- Rumput semulajadi tersebut menghasilkan persekitaran yang hijau dalam rumah anda kerana membekalkan oksigen melalui tumbuhan.
- Tenaga dihasilkan menggunakan Microbial Fuel Cell (MFC) di dalam tanah rumput tersebut melalui proses metabolisma.
- Mampu menghasilkan tenaga berterusan sebanyak 10 watt.
http://thehairmerapu.blogspot.com/2010_03_01_archive.html
Komputer Riba pada Masa Hadapan
Salam....
wah,tak sabar mahu memiliki komputer pada masa hadapan...
Sudah pasti kelihatan sangat bergaya dan pintar....
Dgn adanya kepakaran para cendekiawan,sudah pasti tiada yang mustahil pada masa hadapan...
Namun,janganlah kecanggihan teknologi ini disalahgunakan..
Kemudahan Wi-Fi di Sarawak
Oleh Hamdan Ismail Bersempena dengan pelancaran khidmat runcit Jalur Lebar Kelajuan Tinggi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac.
MIRI, 23 Mac (Bernama) -- Perisytiharan Miri sebagai Bandar Raya Wifi pada 10 Jan, 2008 menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha menggunakan sepenuhnya teknologi wireless-fidelity (WIFI) untuk menambahbaik keterkaitan di Sarawak.
Majlis perisytiharan ini dijalankan secara bersama oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pada masa itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Lim Keng Yaik di kampus Curtin University of Technology Sarawak di sini, yang merupakan kampus Wifi pertama di negara ini.
Taib yang instrumental terhadap projek perintis ini berkata, peruntukan perkhidmatan jalur lebar merupakan penyelesaian paling tepat dalam menambahbaik penembusan Internet dalam sebuah negeri yang besar seperti Sarawak dengan bilangan penduduk yang kecil, kira-kira dua juta orang dengan penempatan mereka tersebar luas di negeri ini. Sementara negeri ini agak berjaya dalam melaksanakan khidmat jalur lebar wayarles di kawasan datar, beliau berkata bantuan Kerajaan Persekutuan masih diperlukan untuk mengatasi masalah dalam memperkenalkan perkhidmatan ini di kawasan yang bentuk mukabuminya mencabar.
"Prospek penggunaan khidmat ini kini lebih cerah dengan pelaksanaan projek Koridor Sarawak bagi Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang terletak antara Similajau di Bahagian Bintulu dan Tanjung Manis di Mukah yang akan merangsang peningkatan keterkaitan online," katanya.
PENDUDUK TEMPATAN MENUNJUKKAN MINAT
Penduduk Bandar Raya Miri juga menunjukkan minat sejak Taib pertama kali memperkenalkan idea merevolusi khidmat jalur lebar di negeri ini pada 2007. Beliau berkata teknologi WIFI akan mempermudah pembentukan masyarakat berilmu (K-Society) di Sarawak serta membolehkan negeri ini menceburi aktiviti ekonomi berasaskan kepada pengetahuan. Idea beliau diterima baik oleh masyarakat tempatan yang mengambil usaha untuk membentuk kumpulan Miri Broadband Stakeholders Group (Miri BSG), yang terdiri daripada wakil-wakil tempatan bandar raya ini, orang ramai dan sektor awam.
Pengerusi BSG Miri Datuk Dr Lee Kim Shin berkata, kumpulan itu mempunyai perwakilan daripada pelbagai pihak yang turut meliputi pemegang kepentingan di pihak kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan hinggalah syarikat minyak dan gas multinasional terkemuka di Miri, contohnya, Shell dan Petronas. Buat permulaan, kumpulan itu menjalankan tinjauan penggunaan jalur lebar meliputi hampir kesemua sektor masyarakat di bandar raya ini. "Dalam tempoh singkat tiga bulan, sejumlah 53,604 pengguna berdaftar di Miri memberi respons positif dalam menunjukkan sokongan mereka terhadap khidmat jalur lebar lebih baik di bandar raya ini," tambah beliau.
WIFI DIJANGKA MEMBUKA BANYAK PELUANG
Lee, yang juga Menteri Muda Komunikasi, berkata sejak itu Miri BSG memainkan peranan pelopor dengan mendapatkan maklumatbalas awam dalam usaha menggorak langkah ke arah menjadikan Miri sebagai bandar raya Wifi. "Semua anggota jawatankuasa Miri BSG berkhidmat secara sukarela. Mereka menyediakan input bagi perancangan projek perintis (bandar raya Wifi) dan terus memberikan maklumat balas daripada pengguna kepada penyedia khidmat untuk memastikan kualiti perkhidmatan tertinggi kepada masyarakat pengguna," katanya. Kumpulan ini beraspirasi untuk menjadikan Bandar Raya Miri sebagai antara bandar raya dengan keterkaitan tertinggi di negara ini bersama kadar penembusan sebanyak 100 peratus di dalam bandar raya dan kawasan persekitaran. Kumpulan ini, katanya, juga mahu khidmat jalur lebar disediakan pada kadar kompetitif dan mampu bagi orang ramai sementara mengekalkan kelajuan tinggi serta khidmat yang boleh dipercayai. "Kami juga mahu menggalakkan pembangunan teknokrat muda, khasnya dalam bidang pembangunan kandungan," tambah beliau.
LIPUTAN WIFI DIPERLUAS KE SELURUH SARAWAK
Projek Bandar Raya Wifi Miri dijalankan melalui inisiatif awam-swasta yang membawa bersama kepakaran syarikat milik negeri, Sacofa Sdn Bhd dan Danawa Resources Sdn Bhd. Pengerusi Danawa Resources Datuk Abdul Hamed Sepawi berkata projek perintis ini bertujuan menguji teknologi jalur lebar wayarles yang canggih serta infrastruktur bagi mengendalikan 'triple-play' (suara, data dan video) dan boleh diskala kepada 'quadruple-play' yang termasuk Internet Protocol Television (IPTV).
Dalam menawarkan khidmat-khidmat ini, syarikat usahasama ini akan memastikan kadar bayaran yang akan dikenakan adalah mampu dan munasabah bagi kanak-kanak dan orang ramai. "Untuk mencapai ini, model jalur lebar Danawa-Sacofa menumpukan kepada kecekapan serta keberkesanan daripada segi kos," katanya. Selepas Miri, mereka merancang untuk memperluas khidmat ke pekan lain di Sarawak dan menembusi bahagian pedalaman negeri ini. "Memandangkan projek ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk membangunkan masyarakat berpengetahuan, saya berharap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan penuh untuk memastikan rakyat menikmati manfaatnya," tambah beliau. -- BERNAMA
sumber maklumat diperoleh daripada:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=484581
RSS
RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong apliksi ini.
Mengapa RSS perlu?
Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Unit Perancang Ekonomi (UPE). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar UPE dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web UPE dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:
- Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
- Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam ).
- Menjimatkan masa.
- Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai UPE lebih cepat dan berkesan.
- Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.
Bagaimana menggunakan RSS?
Terdapat banyak pilihan bagaimana menggunakan perkhidmatan RSS ini. Berikut adalah dua cara yang selalu digunakan:
1. Menggunakan perisian rssReader;
2. Memasang secara terus ke pelayan internet (browser).
BAHASA JIWA BANGSA
Sedar atau tidak sedar, kini bahasa Malaysia semakin diperlukan oleh pelajar-pelajar asing yang belajar di Malaysia....Dengan kehadiran teknologi yang serba canggih ini, pelajar-pelajar asing yang ingin menguasai bahasa Malaysia lebih mudah belajar bahasa ini tidak kira waktu dan tempat...Terbuktilah bahawa dengan kecanggihan teknologi, manusia mendapat pelbagai manfaat dan tiada apa yang dapat menghalang seseorang individu mendalami ilmu bahasa, khususnya dan ilmu-ilmu lain, amnya.
Usaha murni penulis blog tersebut haruslah dihargai oleh pelbagai pihak kerana tidak semua yang mempunyai semangat seperti beliau...Pihak kerajaan juga haruslah membuka mata agar usaha penulis blog ini dan penulis-penulis blog lain yang berusaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia di dalam lapangan teknologi terbalas...Hal ini akan menaikkan semangat ramai lagi warga Malaysia untuk menambahbaik sumber-sumber yang ada dan juga mencipta pelbagai teori yang baru... Di sini, saya ingin menyelitkan sedikit informasi dalam usahanya memudahkan warga asing (bukan penutur natif bahasa Malaysia) untuk mempelajari bahasa Malaysia yang diambil dari blog tersebut:
DIALOG MUDAH (SIMPLE DIALOGUE)
In this chapter, I will introduce to you a basic dialogue that may be used when meeting people for the first time. It will cover asking people's names, introducing yourself and where you come from. The setting is set between two people who are meeting for the first time.
A: Helo. Apa khabar?
B: Baik. Awak?
A: Saya pun baik. Apakah nama awak?
B: Nama saya Rizal. Awak pula?
A: Nama saya Tini.
B: Awak berasal dari mana?
A: Saya berasal dari Kuala Lumpur.
Translation:
A: Hello. How are you?
B: Fine. You?
A: I'm fine (too). What's your name?
B: My name is Rizal. And you?
A: My name is Tini.
B: Where are you from?
A: I'm from Kuala Lumpur.
Phonetics:
A: Hey-lo. A-pah ka-bar?
B: Ba-yik. A-wak?
A: Sa-ye(ar) poon ba-yik. A-pa-kah na-me (r) a-wak?
B: Na-me (r) sa-ye(ar) ee-ya-lah Ree-zal. A-wak poo-le(r)?
A: Na-me(r) sa-ye(ar) Tee-Nee.
B: A-wak ber-a-sal da-ree ma-ne(r)?
A: Sa-ye(ar) ber-a-sal da-ree Koo-a-la Loom-poor.
Untuk mendapatkan informasi lanjut, sila layari laman web tersebut:
http://maribelajarbahasamelayu.blogspot.com/