Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Seperti yang kita ketahui pada hari ini, teknologi dalam pendidikan telah menjadi salah satu isu yang terpenting di seluruh dunia. Masing-masing sudah mula menggunakan internet sebagai wadah dalam pencarian ilmu maklumat.
Di Malaysia, para pengajar sama ada di sekolah, kolej atau universiti sudah mula mendedahkan pelajar-pelajar dengan kemudahan teknologi dalam pendidikan. Pelajar juga digalakkan mencari sumber rujukan tambahan di internet selain daripada rujukan melalui buku-buku.
Namun, adakah kita sedar bahawa pelajar di Malaysia sedikit ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat sedangkan pelajar di negara-negara maju sedang asyik menggunakan teknologi maklumat ini. Oleh itu, langkah-langkah yang bertepatan harus diambil agar semua pelajar terdedah dengan kecanggihan teknologi maklumat masa kini.
Antara langkah yang diambil bagi merapatkan jurang yang terpisah ini adalah:-
i) Pelajar haruslah lebih rajin untuk berusaha bagi mencari seberapa banyak ilmu yang barkaitan dengan teknologi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
ii) Tenaga pengajar pula haruslah lebih banyak menggunakan bahan-bahan yang berkaitan dengan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau kuliahan.
iii) Selain itu, pelajar-pelajar di luar bandar haruslah dibekalkan kemudahan yang mencukupi seperti makmal komputer, alatan yang berteknologi canggih di dalam makmal sains, dan sebagainya agar mereka berasa lebih dekat dengan teknologi. Oleh itu, mereka akan terbiasa dengan teknologi sama seperti pelajar di negara maju.
iv) Kementerian Pelajaran haruslah menghantar para pendidik untuk menyertai kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi agar para pendidik ini terdedah dengan pelbagai kaedah baru yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
v) Kerajaan juga harus lebih peka berkenaan dengan teknologi terbaharu yang dibangunkan oleh negara-negara yang maju dalam aspek teknologi ini dan menyediakan peruntukan yang mencukupi agar teknologi tersebut dapat dibawa dan digunakan oleh rakyat Malaysia.
vi) Penyelidik-penyelidik di Malaysia juga haruslah berusaha memperkenalkan teknologi yang terbaru hasil daripada idea-idea anak watan yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dalam memantapkan pengunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika ada sebarang idea/komen/cadangan, sila tinggalkan di ruangan komen...
Sekian. Terima Kasih...
ku terima
10 years ago