VIDEO-VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI YANG TERKINI
Gambar-gambar teknologi
1. Airblade™ by Dyson
- Alat pengering tangan (handdryer)
- Mengeringkan tangan hanya dalam masa 10 saat
- Penggunaannya bersamaan dengan penggunaan 19 tisu tangan.
- Hygienic, di mana alat ini menangkap dan menghapuskan 99.9% bakteria di udara berbanding alat konvensional.
- Menggunakan 80% kurang tenaga berbanding alat yang biasa.
- Sejenis mesin hampagas (vacuum cleaner).
- Menggunakan sedutan yang tinggi berbanding hampagas biasa iaitu 100000 kuasa graviti.
- Menjimatkan tenaga berbanding hampagas biasa.
- Tidak memerlukan "dust bag" dan mudah dicuci.
- Boleh menghapuskan mikroorganisma di atas lantai.
3. NoMix
- Sejenis mangkuk tandas.
- Mempunyai dua mangkuk berasingan dengan fungsi yang berbeza.
- Mempunyai mangkuk khas untuk menapis air urin berbanding dengan mangkuk tandas yang biasa.
- Menapis urin dengan tujuan untuk mengambil fosforus dari urin tersebut. Ini berbeza dengan tandas konvensional yang mana air urin terus mengalir ke dalam mangkuk yang mempunyai air bertakung.
- Fosforus penting untuk penghasilan baja mesra alam dan bekalan dijangka semakin susut untuk beberapa tahun lagi.
4. FabTree
- Rumah yang dihasilkan menggunakan pokok-pokok yang ditanam dan dibentuk menggunakan teknologi "Computer Numeric Control" (CNC).
- Idea dicetuskan oleh penyelidik di Institut teknologi Massachusetts.
- Tenaga dihasilkan dengan mengeksploitasi metabolisma alam sekitar dan juga sumber alam sekitar yang lain.
5. Voltpot
- Meja kopi yang mempunyai rumput semulajadi.
- Meja ringkas ini juga boleh menghasilkan tenaga yang mampu mengecas alatan seperti telefon bimbit dan pemain MP3.
- Rumput semulajadi tersebut menghasilkan persekitaran yang hijau dalam rumah anda kerana membekalkan oksigen melalui tumbuhan.
- Tenaga dihasilkan menggunakan Microbial Fuel Cell (MFC) di dalam tanah rumput tersebut melalui proses metabolisma.
- Mampu menghasilkan tenaga berterusan sebanyak 10 watt.
http://thehairmerapu.blogspot.com/2010_03_01_archive.html
Jurang dalam Teknologi Pendidikan
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Seperti yang kita ketahui pada hari ini, teknologi dalam pendidikan telah menjadi salah satu isu yang terpenting di seluruh dunia. Masing-masing sudah mula menggunakan internet sebagai wadah dalam pencarian ilmu maklumat.
Di Malaysia, para pengajar sama ada di sekolah, kolej atau universiti sudah mula mendedahkan pelajar-pelajar dengan kemudahan teknologi dalam pendidikan. Pelajar juga digalakkan mencari sumber rujukan tambahan di internet selain daripada rujukan melalui buku-buku.
Namun, adakah kita sedar bahawa pelajar di Malaysia sedikit ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat sedangkan pelajar di negara-negara maju sedang asyik menggunakan teknologi maklumat ini. Oleh itu, langkah-langkah yang bertepatan harus diambil agar semua pelajar terdedah dengan kecanggihan teknologi maklumat masa kini.
Antara langkah yang diambil bagi merapatkan jurang yang terpisah ini adalah:-
i) Pelajar haruslah lebih rajin untuk berusaha bagi mencari seberapa banyak ilmu yang barkaitan dengan teknologi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
ii) Tenaga pengajar pula haruslah lebih banyak menggunakan bahan-bahan yang berkaitan dengan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau kuliahan.
iii) Selain itu, pelajar-pelajar di luar bandar haruslah dibekalkan kemudahan yang mencukupi seperti makmal komputer, alatan yang berteknologi canggih di dalam makmal sains, dan sebagainya agar mereka berasa lebih dekat dengan teknologi. Oleh itu, mereka akan terbiasa dengan teknologi sama seperti pelajar di negara maju.
iv) Kementerian Pelajaran haruslah menghantar para pendidik untuk menyertai kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi agar para pendidik ini terdedah dengan pelbagai kaedah baru yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
v) Kerajaan juga harus lebih peka berkenaan dengan teknologi terbaharu yang dibangunkan oleh negara-negara yang maju dalam aspek teknologi ini dan menyediakan peruntukan yang mencukupi agar teknologi tersebut dapat dibawa dan digunakan oleh rakyat Malaysia.
vi) Penyelidik-penyelidik di Malaysia juga haruslah berusaha memperkenalkan teknologi yang terbaru hasil daripada idea-idea anak watan yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dalam memantapkan pengunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika ada sebarang idea/komen/cadangan, sila tinggalkan di ruangan komen...
Sekian. Terima Kasih...
Komputer Riba pada Masa Hadapan
Salam....
wah,tak sabar mahu memiliki komputer pada masa hadapan...
Sudah pasti kelihatan sangat bergaya dan pintar....
Dgn adanya kepakaran para cendekiawan,sudah pasti tiada yang mustahil pada masa hadapan...
Namun,janganlah kecanggihan teknologi ini disalahgunakan..
TEKNOLOGI MENGATASI SEGALANYA
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Quran Readpen adalah teknologi pengajaran dan pembelajaran yang baru, di mana suara boleh didengari dari speaker pen apabila dihalakan di atas mukasurat Al-Quran yang dicetak khas. Suara lafazan itu jelas, terang dan merdu.
Komputer TIDAK diperlukan, jadi anda dan anak-anak anda bebas untuk membaca di mana sahaja dengan hanya 3 CARA MUDAH!
*LANGKAH 3 :- Bacalah Ayat itu dengan senang dan berkeyakinan!
Kemudahan Wi-Fi di Sarawak

Oleh Hamdan Ismail Bersempena dengan pelancaran khidmat runcit Jalur Lebar Kelajuan Tinggi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac.
MIRI, 23 Mac (Bernama) -- Perisytiharan Miri sebagai Bandar Raya Wifi pada 10 Jan, 2008 menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha menggunakan sepenuhnya teknologi wireless-fidelity (WIFI) untuk menambahbaik keterkaitan di Sarawak.
Majlis perisytiharan ini dijalankan secara bersama oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pada masa itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Lim Keng Yaik di kampus Curtin University of Technology Sarawak di sini, yang merupakan kampus Wifi pertama di negara ini.
Taib yang instrumental terhadap projek perintis ini berkata, peruntukan perkhidmatan jalur lebar merupakan penyelesaian paling tepat dalam menambahbaik penembusan Internet dalam sebuah negeri yang besar seperti Sarawak dengan bilangan penduduk yang kecil, kira-kira dua juta orang dengan penempatan mereka tersebar luas di negeri ini. Sementara negeri ini agak berjaya dalam melaksanakan khidmat jalur lebar wayarles di kawasan datar, beliau berkata bantuan Kerajaan Persekutuan masih diperlukan untuk mengatasi masalah dalam memperkenalkan perkhidmatan ini di kawasan yang bentuk mukabuminya mencabar.
"Prospek penggunaan khidmat ini kini lebih cerah dengan pelaksanaan projek Koridor Sarawak bagi Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang terletak antara Similajau di Bahagian Bintulu dan Tanjung Manis di Mukah yang akan merangsang peningkatan keterkaitan online," katanya.
PENDUDUK TEMPATAN MENUNJUKKAN MINAT
Penduduk Bandar Raya Miri juga menunjukkan minat sejak Taib pertama kali memperkenalkan idea merevolusi khidmat jalur lebar di negeri ini pada 2007. Beliau berkata teknologi WIFI akan mempermudah pembentukan masyarakat berilmu (K-Society) di Sarawak serta membolehkan negeri ini menceburi aktiviti ekonomi berasaskan kepada pengetahuan. Idea beliau diterima baik oleh masyarakat tempatan yang mengambil usaha untuk membentuk kumpulan Miri Broadband Stakeholders Group (Miri BSG), yang terdiri daripada wakil-wakil tempatan bandar raya ini, orang ramai dan sektor awam.
Pengerusi BSG Miri Datuk Dr Lee Kim Shin berkata, kumpulan itu mempunyai perwakilan daripada pelbagai pihak yang turut meliputi pemegang kepentingan di pihak kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan hinggalah syarikat minyak dan gas multinasional terkemuka di Miri, contohnya, Shell dan Petronas. Buat permulaan, kumpulan itu menjalankan tinjauan penggunaan jalur lebar meliputi hampir kesemua sektor masyarakat di bandar raya ini. "Dalam tempoh singkat tiga bulan, sejumlah 53,604 pengguna berdaftar di Miri memberi respons positif dalam menunjukkan sokongan mereka terhadap khidmat jalur lebar lebih baik di bandar raya ini," tambah beliau.
WIFI DIJANGKA MEMBUKA BANYAK PELUANG
Lee, yang juga Menteri Muda Komunikasi, berkata sejak itu Miri BSG memainkan peranan pelopor dengan mendapatkan maklumatbalas awam dalam usaha menggorak langkah ke arah menjadikan Miri sebagai bandar raya Wifi. "Semua anggota jawatankuasa Miri BSG berkhidmat secara sukarela. Mereka menyediakan input bagi perancangan projek perintis (bandar raya Wifi) dan terus memberikan maklumat balas daripada pengguna kepada penyedia khidmat untuk memastikan kualiti perkhidmatan tertinggi kepada masyarakat pengguna," katanya. Kumpulan ini beraspirasi untuk menjadikan Bandar Raya Miri sebagai antara bandar raya dengan keterkaitan tertinggi di negara ini bersama kadar penembusan sebanyak 100 peratus di dalam bandar raya dan kawasan persekitaran. Kumpulan ini, katanya, juga mahu khidmat jalur lebar disediakan pada kadar kompetitif dan mampu bagi orang ramai sementara mengekalkan kelajuan tinggi serta khidmat yang boleh dipercayai. "Kami juga mahu menggalakkan pembangunan teknokrat muda, khasnya dalam bidang pembangunan kandungan," tambah beliau.
LIPUTAN WIFI DIPERLUAS KE SELURUH SARAWAK
Projek Bandar Raya Wifi Miri dijalankan melalui inisiatif awam-swasta yang membawa bersama kepakaran syarikat milik negeri, Sacofa Sdn Bhd dan Danawa Resources Sdn Bhd. Pengerusi Danawa Resources Datuk Abdul Hamed Sepawi berkata projek perintis ini bertujuan menguji teknologi jalur lebar wayarles yang canggih serta infrastruktur bagi mengendalikan 'triple-play' (suara, data dan video) dan boleh diskala kepada 'quadruple-play' yang termasuk Internet Protocol Television (IPTV).
Dalam menawarkan khidmat-khidmat ini, syarikat usahasama ini akan memastikan kadar bayaran yang akan dikenakan adalah mampu dan munasabah bagi kanak-kanak dan orang ramai. "Untuk mencapai ini, model jalur lebar Danawa-Sacofa menumpukan kepada kecekapan serta keberkesanan daripada segi kos," katanya. Selepas Miri, mereka merancang untuk memperluas khidmat ke pekan lain di Sarawak dan menembusi bahagian pedalaman negeri ini. "Memandangkan projek ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk membangunkan masyarakat berpengetahuan, saya berharap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan penuh untuk memastikan rakyat menikmati manfaatnya," tambah beliau. -- BERNAMA
sumber maklumat diperoleh daripada:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=484581









