TEKNOLOGI MAKLUMAT



Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.

Antara kebaikan teknologi maklumat adalah:-
1. Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
2. Meningkatkan mutu pendi­dikan negara kita.
3. Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita se­tanding dengan negara-negara maju.
4. Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung.
5. Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik.

Antara keburukan teknologi maklumat:-
1.
Mengancam keselamatan manusia dan dunia.
2. Ketagihan Internet( Majalah PC.Mei 2006)

Simptom-simptomnya:-
1) Berkhayal tentang apa yang berlaku dalam dunia siber dan merasa rugi dan kecewa sekiranya tidak menggunakannya.
2) Merasa gelisah atau tidak tentu arah sekiranya tidak menggunakan internet.
3) Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya.
4) Mengalami gangguan psikomotor misalnya bahagian jari sering mengajuk perbuatan menekan papan kunci atau tetikus

3. Masalah sosial kanak-kanak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment