BEKAS UNTUK MELETAK ALAT TULIS (BBM BKN ELEKTRONIK)






















Tujuan saya menghasilkan bahan ini adalah untuk disasarkan kepada pelajar pendidikan khas. Hal ini disebabkan saya ingin menjadikan mereka lebih berdikari dengan menghasilkan rekaan yang unik. Hasil kreativiti mereka mungkin boleh dipasarkan bagi menambahkan pendapatan mereka...Mereka tidak lagi perlu bergantung pada individu lain.... Bahan yang saya hasilkan ini dibuat dengan menggunakan helaian surat khabar, kotak, air, gam dan warna......Sungguh mudah dan menjimatkan kos...Selamat Mencuba.... Please drop your comment here..... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUGASAN KUMPULAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VIDEO-VIDEO TEKNOLOGI DI DUNIA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VIDEO-VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI YANG TERKINI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar-gambar teknologi


1. Airblade™ by Dyson

  • Alat pengering tangan (handdryer)
  • Mengeringkan tangan hanya dalam masa 10 saat
  • Penggunaannya bersamaan dengan penggunaan 19 tisu tangan.
  • Hygienic, di mana alat ini menangkap dan menghapuskan 99.9% bakteria di udara berbanding alat konvensional.
  • Menggunakan 80% kurang tenaga berbanding alat yang biasa.

2. Dyson DC22

  • Sejenis mesin hampagas (vacuum cleaner).
  • Menggunakan sedutan yang tinggi berbanding hampagas biasa iaitu 100000 kuasa graviti.
  • Menjimatkan tenaga berbanding hampagas biasa.
  • Tidak memerlukan "dust bag" dan mudah dicuci.
  • Boleh menghapuskan mikroorganisma di atas lantai.

3. NoMix

  • Sejenis mangkuk tandas.
  • Mempunyai dua mangkuk berasingan dengan fungsi yang berbeza.
  • Mempunyai mangkuk khas untuk menapis air urin berbanding dengan mangkuk tandas yang biasa.
  • Menapis urin dengan tujuan untuk mengambil fosforus dari urin tersebut. Ini berbeza dengan tandas konvensional yang mana air urin terus mengalir ke dalam mangkuk yang mempunyai air bertakung.
  • Fosforus penting untuk penghasilan baja mesra alam dan bekalan dijangka semakin susut untuk beberapa tahun lagi.

4. FabTree

  • Rumah yang dihasilkan menggunakan pokok-pokok yang ditanam dan dibentuk menggunakan teknologi "Computer Numeric Control" (CNC).
  • Idea dicetuskan oleh penyelidik di Institut teknologi Massachusetts.
  • Tenaga dihasilkan dengan mengeksploitasi metabolisma alam sekitar dan juga sumber alam sekitar yang lain.

5. Voltpot

  • Meja kopi yang mempunyai rumput semulajadi.
  • Meja ringkas ini juga boleh menghasilkan tenaga yang mampu mengecas alatan seperti telefon bimbit dan pemain MP3.
  • Rumput semulajadi tersebut menghasilkan persekitaran yang hijau dalam rumah anda kerana membekalkan oksigen melalui tumbuhan.
  • Tenaga dihasilkan menggunakan Microbial Fuel Cell (MFC) di dalam tanah rumput tersebut melalui proses metabolisma.
  • Mampu menghasilkan tenaga berterusan sebanyak 10 watt.
Sumber diperolehi daripada:
http://thehairmerapu.blogspot.com/2010_03_01_archive.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jurang dalam Teknologi Pendidikan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Seperti yang kita ketahui pada hari ini, teknologi dalam pendidikan telah menjadi salah satu isu yang terpenting di seluruh dunia. Masing-masing sudah mula menggunakan internet sebagai wadah dalam pencarian ilmu maklumat.

Di Malaysia, para pengajar sama ada di sekolah, kolej atau universiti sudah mula mendedahkan pelajar-pelajar dengan kemudahan teknologi dalam pendidikan. Pelajar juga digalakkan mencari sumber rujukan tambahan di internet selain daripada rujukan melalui buku-buku.

Namun, adakah kita sedar bahawa pelajar di Malaysia sedikit ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat sedangkan pelajar di negara-negara maju sedang asyik menggunakan teknologi maklumat ini. Oleh itu, langkah-langkah yang bertepatan harus diambil agar semua pelajar terdedah dengan kecanggihan teknologi maklumat masa kini.

Antara langkah yang diambil bagi merapatkan jurang yang terpisah ini adalah:-
i) Pelajar haruslah lebih rajin untuk berusaha bagi mencari seberapa banyak ilmu yang barkaitan dengan teknologi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

ii) Tenaga pengajar pula haruslah lebih banyak menggunakan bahan-bahan yang berkaitan dengan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau kuliahan.

iii) Selain itu, pelajar-pelajar di luar bandar haruslah dibekalkan kemudahan yang mencukupi seperti makmal komputer, alatan yang berteknologi canggih di dalam makmal sains, dan sebagainya agar mereka berasa lebih dekat dengan teknologi. Oleh itu, mereka akan terbiasa dengan teknologi sama seperti pelajar di negara maju.

iv) Kementerian Pelajaran haruslah menghantar para pendidik untuk menyertai kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi agar para pendidik ini terdedah dengan pelbagai kaedah baru yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

v) Kerajaan juga harus lebih peka berkenaan dengan teknologi terbaharu yang dibangunkan oleh negara-negara yang maju dalam aspek teknologi ini dan menyediakan peruntukan yang mencukupi agar teknologi tersebut dapat dibawa dan digunakan oleh rakyat Malaysia.

vi) Penyelidik-penyelidik di Malaysia juga haruslah berusaha memperkenalkan teknologi yang terbaru hasil daripada idea-idea anak watan yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dalam memantapkan pengunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika ada sebarang idea/komen/cadangan, sila tinggalkan di ruangan komen...

Sekian. Terima Kasih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Komputer Riba pada Masa Hadapan

Salam....

wah,tak sabar mahu memiliki komputer pada masa hadapan...
Sudah pasti kelihatan sangat bergaya dan pintar....
Dgn adanya kepakaran para cendekiawan,sudah pasti tiada yang mustahil pada masa hadapan...
Namun,janganlah kecanggihan teknologi ini disalahgunakan..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEKNOLOGI MENGATASI SEGALANYA





  • TEKNOLOGI TERKINI HARUS DI MILIKI oleh semua Muslimin dan Muslimat, alat yang pintar dan cekap untuk orang dewasa dan kanak-kanak

  • Quran Readpen adalah teknologi pengajaran dan pembelajaran yang baru, di mana suara boleh didengari dari speaker pen apabila dihalakan di atas mukasurat Al-Quran yang dicetak khas. Suara lafazan itu jelas, terang dan merdu.
    Komputer TIDAK diperlukan, jadi anda dan anak-anak anda bebas untuk membaca di mana sahaja dengan hanya 3 CARA MUDAH!

  • *LAN GKAH 1 :- Halakan mata pen ke Ayat pilihan
  • *LANGKAH 2 : - Dengar Ayat dibaca dengan suara audio yang berkualiti tinggi
    *LANGKAH 3 :- Bacalah Ayat itu dengan senang dan berkeyakinan!

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Kemudahan Wi-Fi di Sarawak




    Oleh Hamdan Ismail
    Bersempena dengan pelancaran khidmat runcit Jalur Lebar Kelajuan Tinggi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac.

    MIRI, 23 Mac (Bernama) -- Perisytiharan Miri sebagai Bandar Raya Wifi pada 10 Jan, 2008 menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha menggunakan sepenuhnya teknologi wireless-fidelity (WIFI) untuk menambahbaik keterkaitan di Sarawak.

    Majlis perisytiharan ini dijalankan secara bersama oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pada masa itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Lim Keng Yaik di kampus Curtin University of Technology Sarawak di sini, yang merupakan kampus Wifi pertama di negara ini.

    Taib yang instrumental terhadap projek perintis ini berkata, peruntukan perkhidmatan jalur lebar merupakan penyelesaian paling tepat dalam menambahbaik penembusan Internet dalam sebuah negeri yang besar seperti Sarawak dengan bilangan penduduk yang kecil, kira-kira dua juta orang dengan penempatan mereka tersebar luas di negeri ini. Sementara negeri ini agak berjaya dalam melaksanakan khidmat jalur lebar wayarles di kawasan datar, beliau berkata bantuan Kerajaan Persekutuan masih diperlukan untuk mengatasi masalah dalam memperkenalkan perkhidmatan ini di kawasan yang bentuk mukabuminya mencabar.

    "Prospek penggunaan khidmat ini kini lebih cerah dengan pelaksanaan projek Koridor Sarawak bagi Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang terletak antara Similajau di Bahagian Bintulu dan Tanjung Manis di Mukah yang akan merangsang peningkatan keterkaitan online," katanya.

    PENDUDUK TEMPATAN MENUNJUKKAN MINAT
    Penduduk Bandar Raya Miri juga menunjukkan minat sejak Taib pertama kali memperkenalkan idea merevolusi khidmat jalur lebar di negeri ini pada 2007.
    Beliau berkata teknologi WIFI akan mempermudah pembentukan masyarakat berilmu (K-Society) di Sarawak serta membolehkan negeri ini menceburi aktiviti ekonomi berasaskan kepada pengetahuan. Idea beliau diterima baik oleh masyarakat tempatan yang mengambil usaha untuk membentuk kumpulan Miri Broadband Stakeholders Group (Miri BSG), yang terdiri daripada wakil-wakil tempatan bandar raya ini, orang ramai dan sektor awam.

    Pengerusi BSG Miri Datuk Dr Lee Kim Shin berkata, kumpulan itu mempunyai perwakilan daripada pelbagai pihak yang turut meliputi pemegang kepentingan di pihak kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan hinggalah syarikat minyak dan gas multinasional terkemuka di Miri, contohnya, Shell dan Petronas.
    Buat permulaan, kumpulan itu menjalankan tinjauan penggunaan jalur lebar meliputi hampir kesemua sektor masyarakat di bandar raya ini. "Dalam tempoh singkat tiga bulan, sejumlah 53,604 pengguna berdaftar di Miri memberi respons positif dalam menunjukkan sokongan mereka terhadap khidmat jalur lebar lebih baik di bandar raya ini," tambah beliau.

    WIFI DIJANGKA MEMBUKA BANYAK PELUANG
    Lee, yang juga Menteri Muda Komunikasi, berkata sejak itu Miri BSG memainkan peranan pelopor dengan mendapatkan maklumatbalas awam dalam usaha menggorak langkah ke arah menjadikan Miri sebagai bandar raya Wifi.
    "Semua anggota jawatankuasa Miri BSG berkhidmat secara sukarela. Mereka menyediakan input bagi perancangan projek perintis (bandar raya Wifi) dan terus memberikan maklumat balas daripada pengguna kepada penyedia khidmat untuk memastikan kualiti perkhidmatan tertinggi kepada masyarakat pengguna," katanya. Kumpulan ini beraspirasi untuk menjadikan Bandar Raya Miri sebagai antara bandar raya dengan keterkaitan tertinggi di negara ini bersama kadar penembusan sebanyak 100 peratus di dalam bandar raya dan kawasan persekitaran.
    Kumpulan ini, katanya, juga mahu khidmat jalur lebar disediakan pada kadar kompetitif dan mampu bagi orang ramai sementara mengekalkan kelajuan tinggi serta khidmat yang boleh dipercayai. "Kami juga mahu menggalakkan pembangunan teknokrat muda, khasnya dalam bidang pembangunan kandungan," tambah beliau.

    LIPUTAN WIFI DIPERLUAS KE SELURUH SARAWAK

    Projek Bandar Raya Wifi Miri dijalankan melalui inisiatif awam-swasta yang membawa bersama kepakaran syarikat milik negeri, Sacofa Sdn Bhd dan Danawa Resources Sdn Bhd. Pengerusi Danawa Resources Datuk Abdul Hamed Sepawi berkata projek perintis ini bertujuan menguji teknologi jalur lebar wayarles yang canggih serta infrastruktur bagi mengendalikan 'triple-play' (suara, data dan video) dan boleh diskala kepada 'quadruple-play' yang termasuk Internet Protocol Television (IPTV).

    Dalam menawarkan khidmat-khidmat ini, syarikat usahasama ini akan memastikan kadar bayaran yang akan dikenakan adalah mampu dan munasabah bagi kanak-kanak dan orang ramai.
    "Untuk mencapai ini, model jalur lebar Danawa-Sacofa menumpukan kepada kecekapan serta keberkesanan daripada segi kos," katanya. Selepas Miri, mereka merancang untuk memperluas khidmat ke pekan lain di Sarawak dan menembusi bahagian pedalaman negeri ini. "Memandangkan projek ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk membangunkan masyarakat berpengetahuan, saya berharap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan penuh untuk memastikan rakyat menikmati manfaatnya," tambah beliau. -- BERNAMA

    sumber maklumat diperoleh daripada:
    http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=484581

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    DIRENJIS-RENJIS DIPILIS

    ~Lihat buktinya...
    ~Betapa orang Inggeris mengagumi lagu Melayu...
    ~Gunakan teknologi dengan sebaik mungkin demi memperkasa bahasa Melayu...

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Bahasa Isyarat ~Lagu Dealova~

    ~Mereka yang istimewa ini juga memerlukan hiburan...sama-samalah kita membantu mereka dengan teknologi yang tercipta.
    ~Marilah kita berkongsi kemudahan ini agar mereka juga dapat bergembira.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Fakta Menarik Mengenai Bill Gates

    Siapa Bill Gates?ok Bill Gates ni adalah pengasas Microsoft yang umum semua tahu dialah orang paling kaya didunia.Mengikut kajian yang dibuat senarai orang paling kaya didunia sekarang ni, menunjukkan Bill gates masih lagi mengatasi pencabar2 yang lain dengar harta dianggarkan boleh beli malaysia dan beberapa negara asia lain.

    Kalau dah kenal dengan Bill Gates,korang tahu tak fakta menarik tentang dia?Korang pernah terfikir tak macam mana mat salleh ni boleh jadi kaya raya sampai macam ni sekali? (tak tercapai akalku kalau difikir fikirkan)..

    Cuba korang bayangkan setiap saat korang boleh dapat US$250.Apa yang korang akan buat?Kalau aku la memang tak tau nak buat apa.Makan tidur,shopping,belanja kawan2,p melancong,p tempat2 yang best dan macam2 lagi la yang aku akan buat time muda2 nih.

    Ok Straight 2 the point.Jangan buang masa.Jom baca fakta menarik tentang Bill Gates.

    1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun! (Menarik bukan?)

    2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.(Menarik bukan?)

    3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.(Menarik bukan?)

    4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.(Menarik bukan?)

    5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.(Menarik bukan?)

    6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.(Menarik bukan?)

    7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.(Menarik bukan?)

    8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta per hari untuk menghabiskan semua wang sebelum dia mampus! (bahasa kasar sikit sebab jeles tengok dia kaya)hehe

    9. Akan Tetapi!Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!(Menarik bukan?)

    sumber:

    http://berita-harian-online.com/fakta-menarik-tentang-bill-gates/

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    RSS


    Apa itu RSS?

    RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong apliksi ini.


    bullet Mengapa RSS perlu?
    Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Unit Perancang Ekonomi (UPE). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar UPE dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web UPE dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:

    • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
    • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam ).
    • Menjimatkan masa.
    • Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai UPE lebih cepat dan berkesan.
    • Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.


    bullet Bagaimana menggunakan RSS?

    Terdapat banyak pilihan bagaimana menggunakan perkhidmatan RSS ini. Berikut adalah dua cara yang selalu digunakan:

    1. Menggunakan perisian rssReader;
    2. Memasang secara terus ke pelayan internet (browser).

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    SeLaLu GuNa Wi-Fi???? TaHu TaK ApE iTu Wi-Fi



    APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-Fl ?
    Wi-Fi merupakan kependekan kepada Wireless Fidelity di mana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA ( Wireless Ethernet Compatibility Alliance ). Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar (broadband), titik capaian ( access point ) dan kad Wi-Fi yang diinstal didalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari Internet sama seperti rangkaian LAN biasa.


    APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN TITIK CAPAIAN ( ACCESS POINT ) ?
    Titik capaian adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal didalam komputer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku menerusi spesifikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan komputer tersebut.

    APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SPESIFIKASI 802.11 ?
    802.11 adalah merujuk kepda spesifikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE ( Institute of Electrical and Electronic Engineers ). Teknologi Wi-Fi daikatakan tergolong dalam spesifikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11 Mbps di dalam , jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b dimana kelajuannya lebih pantas.Teknologi 802.11a membenarkan perpidahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga di kenali sebagai Wi-Fi5 oleh WECA.

    APAKAH PERBEZAAN DIANTARA WI-FI DENGAN ETHERNET ?
    Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp clan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya, Ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar ( menggunakan kabel sepeti CAT5 untuk dihubungkan kejalurlebar ) manakala Wi­Fi pula digunakan dalam rangkaian LAN tanpa wayar ( menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian yang seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar ).

    APAKAH PERBEZAAN LAN DENGAN WLAN ?
    LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar. MAN pula adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep MAN adalah sama dengan LAN, misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya, cuma dari segi medium iaitu MAN menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.

    APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-FI HOTSPOT ?
    Wi-Fi Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas dimana titik capaian di sediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke Internet menerusi isyarat gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi Hotspot boleh di dapati di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utama seperti StarBucks Coffee dan tempat-­tempat tumpuan umum seperti kompleks
    membeli-belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak sehingga 300 kaki dari lokasi Hotspot tersebut.

    ADAKAH BLUETOOTH PESAING WI­Fl ?
    Tidak sama sekali. Sebenarnya kedua­duanya adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri. Teknologi Wi-Fi digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia ada, biasanya pada komputer desktop clan notebook manakala Bluetooth pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar. Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologiini mungkin akan terganggu antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz tetapi pada hakikatnya tidak.

    Ini berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Bluetooth SIG dan IEEE menerusi teknik AFH ( Adaptive Frequency Hopping ) yang mendapati bahawa kedua­duanya adalah bebas dari gangguan. Selain daripada itu, terdapat pembuat cip iaitu Cambridge Silicon Radio yang telah membangunkan satu cip yang menggabungkan kedua-dua teknologi ini.

    Selain daripada itu, keupayaan audio juga berbeza di antara kedua-dua teknologi ini. Sebagai contoh, Ericsson telah membangunkan telefon mudah alih yang boleh memindahkan audio menerusi teknologi Bluetooth dari telefon ke headset tanpa menggunakan wayar. Sebaliknya dalam teknologi Wi-Fi, keupayaan audio adalah menerusi VOIP ( Voice Over IP ) di mana spesifikasi dan keperluannya adalah sama.seklai berbeza. Ini jelas menunjukkan kedua-dua teknologi ini mempunyai kelebihan masing-masing, mempunyai sasaran tersendiri dan yang lebih penting ialah bukannya bersaing antara satu sama lain. Penggunaan kedua-dua teknologi ini menunjukkan akan kepentingan sistem pautan tanpa wayar dalam dunia digital pada masa kini.

    Penggunaan kedua-dua teknologi ini juga boleh dilihat dalam syarikat UPS ( United Parcel Service ) di mana pengimbas barkod mengimbas kod dengan menggunakan teknologi Bluetooth lalu data-data tersebut dihantar ke titik capaian MAN yang menggunakan teknologi W-Fl untuk dihubungkan ke cawangan-cawangan lain di seluruh dunia.

    Kesimpulannya, teknologi pautan tanpa wayar ini ( merujuk kepada Bluetooth dan Wi-Fi ) memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian. Antaranya:

    • Kita sebagai pengguna boleh membuat kerja dengan melayari Internet di mana­mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang digelar sebagai hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Ini sangat berguna ketika melakukan persembahan sesuatu projek atau laporan perancangan ketika mesyuarat di mana data-data perlu di kongsi dengan staf-staf yang lain.

    • Dengan adanya kedua-dua teknologi ini, ia telah memudahkan mereka yang bekerja secara outstation dan di luar kawasan pejabat misalnya, di hospital dan di gudang.

    • Penggunaan teknologi ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kerja. Ini adalah kerana sesuatu perbincangan atau mesyuarat boleh dilakukan di tempat-tempat santai yang menyediakan sambungan tanpa wayar ini seperti Starbucks Coffee dan Schlotszky Deli.


    Teknologi Wi-Fi misalnya, menyediakan lebar jalur yang besar, oleh itu perpindahan data dapat di lakukan dengan pantas.

    • Penyelenggaraan pekakasan juga mudah kerana tiada wayar atau kabel yang digunakan.

    • Selain daripada itu, ia juga boleh mengurangkan TCO ( Total Cost of Ownership ) bagi syarikat-syarikat yang kecil yang tidak dapat menyediakan sistem rangkaian LAN di pejabatnya di mana mereka boleh menggunakan kemudahan sedia ada di kawasan hotspot.


    • Dengan adanya teknologi ini, ia telah men masyarakat menggunakan peranti tanpa wayar misalnya, PDA dan telefon mudah alih.

    Sumber: Majalah PC Edisi: Ogos 2006

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    BAHASA JIWA BANGSA




    Masa aku tengah duk mencari artikel yang ingin dimuatkan kat dalam blog aku ni,aku terjumpalah satu artikel tentang pembelajaran bahasa Malaysia....Tersentuh hati melihat ada yang prihatin dan berusaha untuk menaikkan lagi martabat bahasa Malaysia di mata dunia....

    Sedar atau tidak sedar, kini bahasa Malaysia semakin diperlukan oleh pelajar-pelajar asing yang belajar di Malaysia....Dengan kehadiran teknologi yang serba canggih ini, pelajar-pelajar asing yang ingin menguasai bahasa Malaysia lebih mudah belajar bahasa ini tidak kira waktu dan tempat...Terbuktilah bahawa dengan kecanggihan teknologi, manusia mendapat pelbagai manfaat dan tiada apa yang dapat menghalang seseorang individu mendalami ilmu bahasa, khususnya dan ilmu-ilmu lain, amnya.

    Usaha murni penulis blog tersebut haruslah dihargai oleh pelbagai pihak kerana tidak semua yang mempunyai semangat seperti beliau...Pihak kerajaan juga haruslah membuka mata agar usaha penulis blog ini dan penulis-penulis blog lain yang berusaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia di dalam lapangan teknologi terbalas...Hal ini akan menaikkan semangat ramai lagi warga Malaysia untuk menambahbaik sumber-sumber yang ada dan juga mencipta pelbagai teori yang baru... Di sini, saya ingin menyelitkan sedikit informasi dalam usahanya memudahkan warga asing (bukan penutur natif bahasa Malaysia) untuk mempelajari bahasa Malaysia yang diambil dari blog tersebut:


    DIALOG MUDAH (SIMPLE DIALOGUE)


    In this chapter, I will introduce to you a basic dialogue that may be used when meeting people for the first time. It will cover asking people's names, introducing yourself and where you come from. The setting is set between two people who are meeting for the first time.

    A: Helo. Apa khabar?
    B: Baik. Awak?
    A: Saya pun baik. Apakah nama awak?

    B: Nama saya Rizal. Awak pula?

    A: Nama saya Tini.

    B: Awak berasal dari mana?

    A: Saya berasal dari Kuala Lumpur.


    Translation:

    A: Hello. How are you?

    B: Fine. You?
    A: I'm fine (too). What's your name?

    B: My name is Rizal. And you?

    A: My name is Tini.

    B: Where are you from?

    A: I'm from Kuala Lumpur.


    Phonetics:

    A: Hey-lo. A-pah ka-bar?

    B: Ba-yik. A-wak?

    A: Sa-ye(ar) poon ba-yik. A-pa-kah na-me (r) a-wak?

    B: Na-me (r) sa-ye(ar) ee-ya-lah Ree-zal. A-wak poo-le(r)?

    A: Na-me(r) sa-ye(ar) Tee-Nee.

    B: A-wak ber-a-sal da-ree ma-ne(r)?
    A: Sa-ye(ar) ber-a-sal da-ree Koo-a-la Loom-poor.


    Untuk mendapatkan informasi lanjut, sila layari laman web tersebut:
    http://maribelajarbahasamelayu.blogspot.com/

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    TEKNOLOGI MAKLUMAT



    Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.

    Antara kebaikan teknologi maklumat adalah:-
    1. Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
    2. Meningkatkan mutu pendi­dikan negara kita.
    3. Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita se­tanding dengan negara-negara maju.
    4. Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung.
    5. Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik.

    Antara keburukan teknologi maklumat:-
    1.
    Mengancam keselamatan manusia dan dunia.
    2. Ketagihan Internet( Majalah PC.Mei 2006)

    Simptom-simptomnya:-
    1) Berkhayal tentang apa yang berlaku dalam dunia siber dan merasa rugi dan kecewa sekiranya tidak menggunakannya.
    2) Merasa gelisah atau tidak tentu arah sekiranya tidak menggunakan internet.
    3) Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya.
    4) Mengalami gangguan psikomotor misalnya bahagian jari sering mengajuk perbuatan menekan papan kunci atau tetikus

    3. Masalah sosial kanak-kanak.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    WISHLIST UNTUK TAHUN 2010


    Good Bye 2009......
    Byk peristiwa sama ada yg manis atau pahit yang telah aku lalui sepanjang tahun lalu...
    Yg paling aku ingat adalah aku dpt result STPM...walaupun tak segempak mane, tapi aku happy gak laa....Dapat hadiah untuk pelajar terbaik Bahasa Melayu dan Pengajian Am....Alhamdulillah...Tambah lagi,aku dapat masuk Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
    Pastu dgn kehadiran si comel Adam Nuqman b. Mohamed Faizul pada tanggal 08.09.2009 menjadikan keluarga Syed Mustaffa semakin bahagia dan ceria....Bertambah lagi anak buah aku....3 orang dah... Yg sedih pulak ade jugak....Yg aku paling ingat masa aku baru 1minggu masuk ke UKM....Biarlah menjadi rahsia....Tak usah lagi dikenangkan peristiwa sedih sbb sekarang ni tengah bersemangat untuk melalui tahun 2010....huhuhuhu....

    Sudah pasti kawan-kawan juga mempunyai wishlist untuk 2010 kan.....Jom kita kongsikan bersama.....
    1. Nak jadi hamba Allah yang lebih baik....(sudah semestinya)
    2. Nak jadi anak yang baik....
    3. Nak anak buah bertambah lagi....(Boleh ke mintak macam ni)
    4. Nak dapat anugerah dekan....(InsyaAllah)
    5. Nak pergi bercuti satu family....
    6. Nak beli seluar jeans Levis....(Penting ni)
    7. Nak beli bantal peluk yang baru....(yang lame da expired)
    8. Nak makan strawberi yang fresh....(yummy!)
    9. Nak ade orang belikan laptop baru....(mengada-ngada)
    10. Nak banglo sebiji....(:-p)

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS