RSS


Apa itu RSS?

RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong apliksi ini.


bullet Mengapa RSS perlu?
Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Unit Perancang Ekonomi (UPE). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar UPE dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web UPE dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:

  • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
  • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam ).
  • Menjimatkan masa.
  • Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai UPE lebih cepat dan berkesan.
  • Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.


bullet Bagaimana menggunakan RSS?

Terdapat banyak pilihan bagaimana menggunakan perkhidmatan RSS ini. Berikut adalah dua cara yang selalu digunakan:

1. Menggunakan perisian rssReader;
2. Memasang secara terus ke pelayan internet (browser).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment