Kemudahan Wi-Fi di Sarawak




Oleh Hamdan Ismail
Bersempena dengan pelancaran khidmat runcit Jalur Lebar Kelajuan Tinggi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac.

MIRI, 23 Mac (Bernama) -- Perisytiharan Miri sebagai Bandar Raya Wifi pada 10 Jan, 2008 menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha menggunakan sepenuhnya teknologi wireless-fidelity (WIFI) untuk menambahbaik keterkaitan di Sarawak.

Majlis perisytiharan ini dijalankan secara bersama oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pada masa itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Lim Keng Yaik di kampus Curtin University of Technology Sarawak di sini, yang merupakan kampus Wifi pertama di negara ini.

Taib yang instrumental terhadap projek perintis ini berkata, peruntukan perkhidmatan jalur lebar merupakan penyelesaian paling tepat dalam menambahbaik penembusan Internet dalam sebuah negeri yang besar seperti Sarawak dengan bilangan penduduk yang kecil, kira-kira dua juta orang dengan penempatan mereka tersebar luas di negeri ini. Sementara negeri ini agak berjaya dalam melaksanakan khidmat jalur lebar wayarles di kawasan datar, beliau berkata bantuan Kerajaan Persekutuan masih diperlukan untuk mengatasi masalah dalam memperkenalkan perkhidmatan ini di kawasan yang bentuk mukabuminya mencabar.

"Prospek penggunaan khidmat ini kini lebih cerah dengan pelaksanaan projek Koridor Sarawak bagi Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang terletak antara Similajau di Bahagian Bintulu dan Tanjung Manis di Mukah yang akan merangsang peningkatan keterkaitan online," katanya.

PENDUDUK TEMPATAN MENUNJUKKAN MINAT
Penduduk Bandar Raya Miri juga menunjukkan minat sejak Taib pertama kali memperkenalkan idea merevolusi khidmat jalur lebar di negeri ini pada 2007.
Beliau berkata teknologi WIFI akan mempermudah pembentukan masyarakat berilmu (K-Society) di Sarawak serta membolehkan negeri ini menceburi aktiviti ekonomi berasaskan kepada pengetahuan. Idea beliau diterima baik oleh masyarakat tempatan yang mengambil usaha untuk membentuk kumpulan Miri Broadband Stakeholders Group (Miri BSG), yang terdiri daripada wakil-wakil tempatan bandar raya ini, orang ramai dan sektor awam.

Pengerusi BSG Miri Datuk Dr Lee Kim Shin berkata, kumpulan itu mempunyai perwakilan daripada pelbagai pihak yang turut meliputi pemegang kepentingan di pihak kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan hinggalah syarikat minyak dan gas multinasional terkemuka di Miri, contohnya, Shell dan Petronas.
Buat permulaan, kumpulan itu menjalankan tinjauan penggunaan jalur lebar meliputi hampir kesemua sektor masyarakat di bandar raya ini. "Dalam tempoh singkat tiga bulan, sejumlah 53,604 pengguna berdaftar di Miri memberi respons positif dalam menunjukkan sokongan mereka terhadap khidmat jalur lebar lebih baik di bandar raya ini," tambah beliau.

WIFI DIJANGKA MEMBUKA BANYAK PELUANG
Lee, yang juga Menteri Muda Komunikasi, berkata sejak itu Miri BSG memainkan peranan pelopor dengan mendapatkan maklumatbalas awam dalam usaha menggorak langkah ke arah menjadikan Miri sebagai bandar raya Wifi.
"Semua anggota jawatankuasa Miri BSG berkhidmat secara sukarela. Mereka menyediakan input bagi perancangan projek perintis (bandar raya Wifi) dan terus memberikan maklumat balas daripada pengguna kepada penyedia khidmat untuk memastikan kualiti perkhidmatan tertinggi kepada masyarakat pengguna," katanya. Kumpulan ini beraspirasi untuk menjadikan Bandar Raya Miri sebagai antara bandar raya dengan keterkaitan tertinggi di negara ini bersama kadar penembusan sebanyak 100 peratus di dalam bandar raya dan kawasan persekitaran.
Kumpulan ini, katanya, juga mahu khidmat jalur lebar disediakan pada kadar kompetitif dan mampu bagi orang ramai sementara mengekalkan kelajuan tinggi serta khidmat yang boleh dipercayai. "Kami juga mahu menggalakkan pembangunan teknokrat muda, khasnya dalam bidang pembangunan kandungan," tambah beliau.

LIPUTAN WIFI DIPERLUAS KE SELURUH SARAWAK

Projek Bandar Raya Wifi Miri dijalankan melalui inisiatif awam-swasta yang membawa bersama kepakaran syarikat milik negeri, Sacofa Sdn Bhd dan Danawa Resources Sdn Bhd. Pengerusi Danawa Resources Datuk Abdul Hamed Sepawi berkata projek perintis ini bertujuan menguji teknologi jalur lebar wayarles yang canggih serta infrastruktur bagi mengendalikan 'triple-play' (suara, data dan video) dan boleh diskala kepada 'quadruple-play' yang termasuk Internet Protocol Television (IPTV).

Dalam menawarkan khidmat-khidmat ini, syarikat usahasama ini akan memastikan kadar bayaran yang akan dikenakan adalah mampu dan munasabah bagi kanak-kanak dan orang ramai.
"Untuk mencapai ini, model jalur lebar Danawa-Sacofa menumpukan kepada kecekapan serta keberkesanan daripada segi kos," katanya. Selepas Miri, mereka merancang untuk memperluas khidmat ke pekan lain di Sarawak dan menembusi bahagian pedalaman negeri ini. "Memandangkan projek ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk membangunkan masyarakat berpengetahuan, saya berharap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan penuh untuk memastikan rakyat menikmati manfaatnya," tambah beliau. -- BERNAMA

sumber maklumat diperoleh daripada:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=484581

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIRENJIS-RENJIS DIPILIS

~Lihat buktinya...
~Betapa orang Inggeris mengagumi lagu Melayu...
~Gunakan teknologi dengan sebaik mungkin demi memperkasa bahasa Melayu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahasa Isyarat ~Lagu Dealova~

~Mereka yang istimewa ini juga memerlukan hiburan...sama-samalah kita membantu mereka dengan teknologi yang tercipta.
~Marilah kita berkongsi kemudahan ini agar mereka juga dapat bergembira.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fakta Menarik Mengenai Bill Gates

Siapa Bill Gates?ok Bill Gates ni adalah pengasas Microsoft yang umum semua tahu dialah orang paling kaya didunia.Mengikut kajian yang dibuat senarai orang paling kaya didunia sekarang ni, menunjukkan Bill gates masih lagi mengatasi pencabar2 yang lain dengar harta dianggarkan boleh beli malaysia dan beberapa negara asia lain.

Kalau dah kenal dengan Bill Gates,korang tahu tak fakta menarik tentang dia?Korang pernah terfikir tak macam mana mat salleh ni boleh jadi kaya raya sampai macam ni sekali? (tak tercapai akalku kalau difikir fikirkan)..

Cuba korang bayangkan setiap saat korang boleh dapat US$250.Apa yang korang akan buat?Kalau aku la memang tak tau nak buat apa.Makan tidur,shopping,belanja kawan2,p melancong,p tempat2 yang best dan macam2 lagi la yang aku akan buat time muda2 nih.

Ok Straight 2 the point.Jangan buang masa.Jom baca fakta menarik tentang Bill Gates.

1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun! (Menarik bukan?)

2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.(Menarik bukan?)

3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.(Menarik bukan?)

4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.(Menarik bukan?)

5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.(Menarik bukan?)

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.(Menarik bukan?)

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.(Menarik bukan?)

8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta per hari untuk menghabiskan semua wang sebelum dia mampus! (bahasa kasar sikit sebab jeles tengok dia kaya)hehe

9. Akan Tetapi!Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!(Menarik bukan?)

sumber:

http://berita-harian-online.com/fakta-menarik-tentang-bill-gates/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RSS


Apa itu RSS?

RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong apliksi ini.


bullet Mengapa RSS perlu?
Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Unit Perancang Ekonomi (UPE). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar UPE dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web UPE dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:

  • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
  • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam ).
  • Menjimatkan masa.
  • Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai UPE lebih cepat dan berkesan.
  • Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.


bullet Bagaimana menggunakan RSS?

Terdapat banyak pilihan bagaimana menggunakan perkhidmatan RSS ini. Berikut adalah dua cara yang selalu digunakan:

1. Menggunakan perisian rssReader;
2. Memasang secara terus ke pelayan internet (browser).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS